Thursday, September 18, 2008

Salam

Akhirnya ada juga blog sendiri. Bukan lah hendak kata yang selama ini aku nie buta IT, tapi mungkin sebab tidak pernah mencuba, akhirnya kita jatuh satu tangga berbanding dengan orang lain.
Salam perkenalan dari blogger baru. Rasanya untuk perkenalan sekecil ini, tak perlulah kita mulakan dengan panjang lebar. Mungkin bila sudah serasi, kita lebih mudah untuk berbicara.
Sedikit sebanyak yang mungkin boleh di kongsikan tentang diri aku, aku juga seorang trainer...trainer kerdil di dunia besar. Aku membina kerjaya sebagai trainer sejak 5 tahun lalu dan hari ini aku berdiri bersama trainer terbaik di dalam dunia insuran Malaysia. Namun, itu tidak menjadikan kita terbaik. Namun, yang lebih penting adalah kemahuan dan kesungguhan untuk menjadi terbaik di dalam bidang yang kita mahu, kita suka dan kita rela menghabiskan masa di sana. Mungkin untuk semua blogger yang juga merupakan trainer, kita punya matlamat berbeza. Namun, cita-cita mungkin sama. Menjadi terbaik di dalam bidang yang kita ceburi.
Semoga di lain masa....Adios!

1 comment:

Unknown said...

akhirnya cgu nora menulis..he...tahniah.semuga kita boleh manafaatkan untuk kepentingan bersama......bila nak belanja berbuka....