Thursday, September 18, 2008

Lain?

Menjadi seorang yang lain daripada yang lain tidak semestinya menjadikan kita alien di dunia ini. Semalam aku berjumpa kawan lama, if I mention his name here, semua orang akan tau siapa dia. His name is Jinggo. His an old friend of mine, and kami pernah bekerja bersama di dalam PLKN. Persoalan yang menarik dari dia. Wanita dan lelaki yang berbeza. Perempuan menjadikan lelaki ego? Adakah kita wanita hari ini begini? Kita menjadikan mereka ego?
Wanita moden zaman ini, in other way, we have to admit that wanita hari ini telah pergi lebih jauh daripada lelaki. Fitrahnya, siapakah di dunia ini di lahirkan tidak berpasang-pasangan. Semua makhluk ciptaan Ilahi di cipta berpasang-pasangan. Jadi lelaki tiada sebab bagi menyalahkan seorang perempuan itu menjadikannya seorang lelaki yang ego, kerana fitrah tidak menyatakan begitu. Namun, sebagai perempuan kita mahukan yang terbaik dalam mencari pasangan hidup kita, dan kalau tidak berjumpa semestinya kita memilih untuk hidup single kerana hidup single itu lebih baik dari merana akibat salah pilihan.
Wanita hari ini tidak seperti wanita zaman dahulu, kita lebih berpendidikan, lebih kehadapan, lebih bercita-cita, lebih mahu maju, lebih berdikari dan kita bekerja sama seperti kaum lainnya.
Wanita hari ini lebih matang untuk membentuk hidup kita dan matang untuk membina hidup yang lebih berjaya. Begitu juga dengan mencari pasangan hidup kita.
Kalau wanita hari ini tahu dan lebih yakin dengan hidupnya sendiri, apa bisa mungkin dalam mencari pasangan, seorang wanita mahukan lelaki yang memandang hidupnya lebih kurang sahaja. Jika wanita itu sendiri seorang yang berwawasan dan bercita-cita tinggi, takkanlah insan yang bergelar wanita itu mahukan lelaki yang selalu menyalahkan takdir atau setiap perbuatan yang di lakukan. Jika seorang wanita itu lebih berdikari, takkanlah ingin si dia mencari lelaki yang tahu mengkongkong?
Dunia tidak sama seperti dunia dulu. Hiduplah dalam realiti hari ini bukan fantasi ciptaan sendiri. Terimalah kenyataan wanita sekarang lebih berdikari dari dulu. Namun, di dalam hati setiap wanita itu, mustahil tiada istilah dan menolak fitrah berpasangan. Setiap benda mempunyai harga, begitu juga harga sebuah hati lembut kepunyaan seorang wanita. Jika sang lelaki sanggup berusaha 'mencantikkan' kereta, begitu juga seorang lelaki harus menunjukkan usaha memiliki hati seorang wanita. Jika seorang lelaki selalu mengistilahkan diri seorang yang hebat, tunjukkan 'kehebatan' di hadapan seorang wanita.
Lelaki budiman wanita mesti tertawan!

2 comments:

Unknown said...

panjangnya....begitulah kalau x-wartawan menulis...apa2 pun best.banyak info

NURI said...

Thanks for the comments, sebenarnya dah lama tak menulis. Agak kekok untuk mengeluarkan apa yang terkandung di kepala hotak nie. Anyway, saya akan cuma untuk menulis dengan lebih banyak lagi. Banyak di tulis, banyak di kongsi, banyak ilmu boleh di rahmati...