Baru-baru ini aku ada pergi ke satu majlis Tupperware (TW), apa orang kata Tupperware party. Bukan lah sesuatu yang aku menunggu untuk pergi, tapi sebab ajakan dari rakan yang beria-ia mengajak aku ke sana, so, aku ambil peluang cuti sabtu tadi untuk ke 'party' ini. Kawan aku sejak menjadi ahli dan penjual product tupperware, nampak sedikit berbeza. Perbezaan utama adalah dia lebih bersungguh-sungguh dan konsisten dalam mencapai target jualan, sedangkan sebelum ini aku tau la jenis kawan aku yang bersikap agak spektikal dengan MLM ini. Jadi tujuan aku kesana selain untuk melihat produk TW, aku juga nak tengok bagaimana mereka dapat men-transform orang di sekeliling mereka untuk menjadi seperti mana kawan aku ini.
Pada permulaan, aku tidak nampak sebarang perbezaan dengan mana-mana training MLM (if we can call that as training). Begitu juga dengan penceramah utama yang lebih diam dan menyusun TW selain dari bercakap dengan audience. Jadi aku asyik tertanya-tanya dimana bezanya mereka? Ketika penceramah utama berucap, yang lebih bersungguh-sungguh adalah audiencenya, tidak juga si penceramah. Jadi dimana datangnya aura perubahan itu?
Makin lama aku di situ, makin kuat aku cuba mencari simpulan kepada permasalahan yang sengaja aku ciptakan ini. Tidak dapat tidak, inilah yang aku dapat simpulkan.
Ia bukan berkenaan penceramah, ia juga bukan kerana product, namun simpulan aku mendapati ia berkenaan desire...
Semua orang yang hadir di sana mempunyai matlamat dan tujuan yang di impikan. Ada yang datang naik bus dari ampang (the event is at Cheras) semata-mata untuk mendengar dan berkongsi cerita. Ada yang datang membawa anak (bukan seorang namun banyak) untuk tujuan yang sama. Tidak kurang yang datang berkereta untuk matlamat yang tersendiri.
Keinginan mereka menyatukan mereka. Mereka telah melihat diri mereka sebagai usahawan kecil yang mempunyai cita-cita yang besar untuk berjaya di dalam bidang yang mereka ceburi. Keinginan mereka untuk menambahkan pendapatan menjadikan mereka lebih bersikap terbuka dengan persekitaran. Keinginan mereka tidak dapat tidak menjadikan mereka lebih ingin maju kehadapan.
Aku tidak nampak sebarang alasan lain, melainkan jika mereka 'menyorok' alasan itu daripada aku. Sama seperti aku, tujuan dan keinginan aku untuk mengetahui apa disebalik training mereka, membawa aku lebih terbuka untuk berkenalan dengan MLM ini.
Jadi apa desire@ keinginanmu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam...
Tima kasih kerana berkunjung ke blog saya...
Selamat Hari Raya!
:)
Salam...
Sama-sama. Saya masih baru di dalam dunia blog nie, so, ambil dan belajar apa saja yang terjumpa di dalam ruangan ini.
Selamat Hari Raya juga!
Post a Comment